“Sebaik
baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan
sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap
jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi
ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian.
Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika
ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada
berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak me‘Teman yang paling baik
adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar
kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
menuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang
normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT
mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah
SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat
dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia,
kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada
kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak
kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi
kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak
hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima
padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah
mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang
menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual
minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat
dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Semoga korang sentiasa ceria dan jadi muslimah solehah untuk hari ini dan masa depan korang ..luv u korang sangat3!!!~ <3
BalasPadamterima kasih ckg
BalasPadam