Isnin, 2 Jun 2014

Buang bangkit mula percaya

                                             
                       

(muka macam nampak happy, tapi tak pon)

Tiba masa untuk bertapak semula ke depan.
lari dari semua yang menghantui. 
melalaikan.
mendustakan.
dan segala rasa sakit yang 
menyakitkan.


Buang ; semua yang menyesak dada.
Bangkit ; biarpun terpaksa.
Mula ; walau dalam bersederhana.
Percaya ; Allah sentiasa ada.
Doa ; itu yang utama.


Kerana aku cuma. 
Insan yang tak lari dari khilaf dan dosa.

Sabtu, 19 Oktober 2013

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!

nafsu lelaki
Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.
Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?
Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?
Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.
Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.
Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada.
Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.
Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

Hidup Lebih Bahagia Apabila Aurat Dijaga


                                                     Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saat ini ku tulis kisah diri. Bukan untuk meminta pujian atau penghargaan setinggi langit. Hanya doa dipinta agar diri ini dapat istiqamah dengan penghijrahan diri.
Beberapa tahun yang lalu, aku adalah seorang gadis yang berpakaian biasa, cukup sekadar bertudung walaupun baju dan seluar yang dipakai tidak menepati hukum islam. Ini yang dikatakan membalut aurat, bukan menutup aurat.
Pada masa yang sama, solat ku juga tidak terjaga. Sering kali lewat, malah kadang-kadang tertinggal. Bukan aku tidak sedar semua itu adalah salah, tetapi hati ini lemah! Sentiasa termakan pujukan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan hamba Allah.
Benar, ketika itu setiap kali aku keluar dari rumah, ada saja mata-mata nakal yang liar memandang padaku. Pernah juga aku diganggu secara agresif oleh mereka! Pelbagai gangguan lagi yang aku hadapi sepanjang menjalani kehidupan sedemikian. Dan sesungguhnya aku tidak tenang dengan situasi begitu.
1380584_394847940641246_468706705_n
Namun, pada suatu ketika, aku mula terfikir sejenak, apakah cara hidup aku seperti ini akan memberi kebahagiaan kepadaku di dunia dan akhirat kelak? Kebetulan, pada saat itu, aku mula bersahabat baik dengan seorang rakan sekuliah aku. Perwatakannya sangat baik, pakaiannya agak sempurna, auratnya tertutup rapi.
Aku berasa sangat tenang melihat beliau. Secara perlahan-lahan tanpa disedari, aku mula mengikuti setiap langkahnya untuk berubah. Mengenakan pakaian yang labuh dan longgar, melabuhkan tudung, kemudian bersarung kaki atau memakai kasut yang bertutup.
Sememangnya diri ini kelihatan begitu indah dalam keadaan seperti itu.. pakaian yang longgar memudahkan aku untuk bergerak, tidak seperti pakaian yang ketat.
Sesuatu yang sangat jelas kelihatan adalah, setiap perbuatan gerak-geri aku tidak menjadi tatapan mata kaum Adam yang nakal lagi seperti dulu! Ke mana sahaja yang aku pergi, tiada lagi gangguan!
Selain itu, bonus istimewa daripada perubahan ini adalah, solat aku semakin terjaga. Walaupun aku tidak tahu adakah sempurna solatku, namun ia tidak lagi sering tertinggal seperti sebelum iniAlhamdulillah, kini amalan bertudung labuh, berpakaian labuh terus menjadi pakaian rutin dalam kehidupanku. Selain itu, aku juga turut membiasakan diri dengan berniqab supaya tidak timbul rasa riak dihati terutama sekali mendapat pujian daripada sesiapa.
Dan yang paling penting, ingin kecantikan yang Allah kurniakan hanya menjadi tatapan buat suami tercinta kelak.
Namun, belum dapat diistiqamahkan, kerana faktor tempat belajar dan keluarga.
Apa yang pasti, setiap yang berlaku dengan izin-Nya itu telah banyak mengubah kehidupanku. Aku berasa amat bahagia dan tenang dengan diri ku yang baru.
Semoga penghijrahan ini diredhai Allah dan mampu istiqamah selamanya. Walau asbabnya adalah teman sebilikku, namun hakikatnya Allah jualah yang membuka pintu hati ini. Sesungguhnya hijrah ini semata-mata kerana-Nya. Semoga aku dan wanita di luar sana dapat menjadi muslimah yang solehah di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Adik-adik dan sesiapa saja yang masih dalam keadaan seperti ku dahulu, ayuhlah kita berhijrah! Insya-Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik.
Ingatlah, harga diri tidak mudah tercalar jika aurat terpelihara… kecantikan dan keindahan wanita terpancar apabila auratnya tertutup sempurna.

Ahad, 4 Ogos 2013

Ramadhan yang Pergi


Ramadhan semakin hampir ke pengakhirannya. Aduhai, kehadiran Syawal bagaikan terlebih dahulu diraikan melebihi penyempurnaan Ramadhan sehingga saat-saat yang dijanjikan untuk meraih takwa banyak dilepaskan. Lagu-lagu raya semakin rancak kedengaran. Hanya IKIM.fm yang masih memujuk jiwa yang masih ingin meniti dan ‘memujuk Ramadhan agar jangan pergi dulu’.

Menyedari Ramadhan yang kita lalui pada kali ini semakin hampir meninggalkan, termenung seketika memikirkan sama ada peluang ini akan hadirkah lagi pada masa akan datang? Pastinya tiada seorang pun yang ada jawapannya. Bukanlah maksud saya untuk menghalang para pembaca sekalian daripada kita menyambut Syawal dengan meriahnya, tetapi saya ingin memastikan agar kita benar-benar kembali kepada matlamat asal kita untuk melaksanakan dan mengisi Ramadhan kita dengan pengisian yang sempurna. Sungguh, peluang untuknya masih ada, masih ada. Ayuhlah wahai diri, ayuhlah wahai pembaca yang budiman sekalian, kita nikmati indahnya malam-malam 10 Ramadhan terakhir untuk berbicara dengan Pencipta di saat yang lain begitu asyik dengan buaian mimpi yang lena.

Sepertimana dengan Bazar Ramadhan, makin banyak keluar duit, makin banyaklah 'belian' juadahnyakan? Begitulah perumpamaannya, makin banyak masa menonton, makin game, borak-borak dan pelbagai perkara lagha yang kita korbankan untuk melaksanakan ibadah kepada Allah, pastinya banyak jugalah hasilnya insyaallah. Namun, yang pasti, dan lebih penting, diterima oleh Allah swt hendaknya. 

Dan dalam doa-doa kita untuk mendapatkan keampunan Allah, mendapat redha Allah, memohon kepada Allah diberi kekuatan agar kita istiqamah, janganlah kita lupa untuk selitkan juga doa untuk saudara-saudara kita di Syria, di Palestin, di Rohingya dan seluruhnya agar dilindungi oleh Allah, dan disentuh hati kita ini agar tidak ketinggalan daripada mengambil berat tentang ummat Islam.
Akhirnya, marilah kita ‘update dan upgrade’ diri kita untuk memastikan prestasi puasa kita pada tahun ini masih berterusan hingga ke akhirnya. Jika masih kurang dan tidak berpuas hati lagi, kita masih ada sisa-sisa waktu untuk kita memecut menuju ke penghujungnya dengan sebaik-baik dan semampu kita. Insyaallah. Semoga Allah berikan kita kekuatan tersebut. Berdoalah kepadaNya. Lahaulawalaquwwataillabillah.. 

Sahabat itu menguatkan


terima ksih tuannya : lupa link 

Aku bukan ingin cari salah engkau tetapi aku menegur mu,
Apa guna persahabatan tanpa teguran?

kosong ertinya.

Kita tegur kerana melengkapi. Aku pula salah kau pula tegur. Jangan diamkan. 

Jangan salah ertikan teguran. Bukannya mahu menjaga kain mu sangat.

Memikirkan akhirat itu keutamaan, maka itu tanggungjawab aku.

Disisi mu teguran seperti mencalar diri mu, maaf dipinta.

Namun itu tanda cinta sahabat sebenarnya.

Sabtu, 3 Ogos 2013

10 MUWASAFAT TARBIYAH



10 MUWASAFAT TARBIYAH


*****
1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

- sabda Rasulullah SAW, " Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"

*****
2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
- Imam Hassan al-Bana pernah menyatakan kewajipan seorang da'ie itu intuk bersifat sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dsbnya

*****
3. Berpengetahuan luas ( Mutsaqqafal Fikri)
- pesan Imam Hassan al-Bana "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri, dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi"
- seorang da'ie perlu berpengetahuan luas tentang Islam dan pengetahuan am supaya dapat menceritakan kepada orang lain perihal hal berkenaan di samping perlu sentiasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah
- seorang da'ie juga perlu mampu membaca al-Quran dengan baik, bertadabbur, dan sentiasa mempelajari sirah, kisah salafu soleh, dan kaedah serta rahsia hukum yang penting

*****
4. Mampu berdikari ( Qadiran ala Kasbi )
- seorang da'ie meskipun seorang yang berharta, perlu juga bekerja namun tidak wajarlah untuk seorang da'ie untuk terlalu mengejar harta kebendaan serta pangkat dalam kehidupan duniawi ini
- Ihsan perlulah sentiasa tertanam dalam diri setiap individu muslim yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie; perlu sentiasa benar dalam perlakuan dan perbuatannya
- seorang da'ie perlu mampu untuk memiliki serta mencari harta sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain semata-mata;
- seorang da'ie perlulah menguasai sesuatu kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul kelak
- dalam soal kewangan, seorang da'ie perlulah sentiasa memelihara diri daripada riba dalam semua aspek kehidupan, serta mampu untuk menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan yang melalaikan serta pembaziran, seorang da'ie perlu mampu memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan islam

*****
5. Akidah yang sejahtera ( Salimul Aqidah)
- seorang da'ie mestilah redha ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya, serta Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan ALLAH kepada manusia sejagat
- sentiasalah muraqabah kepada ALLAH serta sentiasa mengingati akhirat, memperbanyak nawafil dan zikir
- seorang da'ie hendaklah tidak lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan hati, sentiasa memperbaharui taubat, istighfar, menjauhi dosa, serta syubhat

*****
6. Ibadah yang sahih ( Sahihul Ibadah )
- Seorang da'ie perlu melakukan ibadat yang dapat meninggikan roh serta jiwanya; perlulah sentiasa memperbetul amalannya dan mengetahui halal haram suatu perkara dan sentiasa bersederhana dan tidak terlalu melampau-lampau dalam setiap urusan dalam kehidupan sehariannya.


*****
7. Mampu melawan hawa nafsu ( Mujahadah ala Nafsi )
- Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai azam yang kuat. bersungguh-sungguh untuk meawan kehendak nafsunya sebaliknya mengikut apa yang diperintah Islam di samping mengendahkan kata-kata orang lain dalam mempraktikkan Islam yang sebenar.
-perlu diingat juga, orang yang lagi hebat akan lagi hebat jualah cubaan yang ALLAH turunkan kepadanya, oleh itu sentiasalah kita menyiapkan diri dalam menghadapi segalan cubaan dan dugaan ALLAH itu

*****

8. Menjaga waktu ( Haarithun ala Waqtihi )
- seorang da'ie perlulah sentiasa berdoa agar waktu yang ada ini sentiasalah diberkati ALLAH seperti mana yang sering didoa oleh para sahabat Rasulullah SAW yang terdahulu.

*****
9. Tersusun dalam segala urusan ( Munazzamun fi syu'unihi )
- Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian serta jangka panjang, setiap da'ie digalakkan untuk mencatit maratib amal untuk kelancaran segala urusan mereka


*****

10. Bermamfaat untuk orang lain( Nafi'un li ghairihi )
- Seorang da'ie diumpamakan seolah-olah sebatang lilin yang sedang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain sedangkan dirinya terbakar sendirian, namun usahlah gentar kerana da'ie adalah tunggak penggerak kepada dakwah Islamiyah, nescaya usahamu akan diberikan ganjaran berganda oleh ALLAH taala
- amal Islam seorang da'ie adalah untuk menyelamatkan orang lain sekaligus diri sendiri daripada kesesatan supaya di akhirat kelak masing-masing dapat menjawab setiap persoalan ALLAH dengan bekalan iman yang mencukupi di dada masing-masing tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.
- ingatlah wahai da'ie, kegembiraanmu hanyalah apabila kamu dapat membantu orang lain, yang terindah semestinya jika mampu membawa seseorang itu ke jalan yang diberkati ALLAH taala sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada perbuatan-perbuatan mungkar.

*****

Sweetnya Allah

Suatu hari di kantin, rakan-rakan sibuk gosipkan diriku dengan seorang guru lelaki satu ‘batch’ induksi. Masing-masing tidak membantah kerana daerah yang sama dengan tempat aku mengajar. Tapi takdir Allah, ada seorang guru yang aku panggil dengan panggilan ‘akak’ menyapa.

“Akak tak kisah dengan siapapun awak akan pilih, tapi satu pesan akak apa yang kita inginkan mintalah dengan Dia dalam solat dhuha. Buatlah solat dhuha dan khabarkan hajat itu padaNya.”
Aku terdiam. Setelah lama berfikir akhirnya tergerak hati ini untuk tunaikan solat dhuha. Selama ini aku sekadar membaca kelebihan orang yang tunaikan solat dhuha.
Sweetnya Allah dia sampaikan hidayah kepadaku melalui orang lain. Kini, impian untuk mendirikan rumahtangga telah tertunai meskipun bukan dengan lelaki tersebut.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi, terdengar suara rengekan si kecil Zahra tanda lapar. Lantas aku bangkit untuk bancuh susu. Terdetik di hati kalaulah aku tunaikan solat tahajjud sementara menunggu Zahra habiskan susu lagi baik. Mungkin ini panggilan dari Allah untuk hamba yang dikasihiNya.
Sweetnya Allah dia kejutkan hamba-Nya untuk bangun malam dengan cara yang cukup lembut. Adakalanya kita bangun di tengah malam untuk buang air kecil dan lapar, itulah tandanya Allah bangunkan kita untuk merintih dan mengadu pada-Nya. Namun seringkali kita alpa dan lupa.
tumblr_mhejsngjj01s3janfo1_500
Seperti biasa aku menjalani rutin harianku setiap hujung minggu untuk memandu  balik ke Terengganu berjumpa suami dan anak.  Sesungguhnya hati manusia ini sering berbolak balik. Terdetik juga di hati kenapa aku tidak mendapat peluang seperti orang lain hidup bersama-sama suami dan anak-anak. Teringin sekali masak menu kegemaran mereka untuk makan tengahari dan malam. Menghabiskan waktu petang bersama-sama.
Tapi sweetnya Allah dia ingin tarbiyyah diriku dengan sifat sabar. Tanda kasih sayang-Nya kepada hamba. Barulah aku terfikir Allah rindu akan rintihanku. Mungkin apabila bersama dengan orang yang aku sayangi, masa untuk aku mengadu pada-Nya lebih singkat dari biasa.
Sweetnya Allah aku diajar  untuk menjadi seorang yang redha dengan ujian-Nya. Aku manfaatkan masa sepanjang perjalanan selama enam jam itu untuk berzikir dan berdoa kepada-Nya agar kami diberikan kesempatan untuk hidup bersama. Dengan imtihan ini aku kenal erti kasih sayang,lebih menghargai,bersyukur, perikemanusiaan dan sabar.
“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, ayat 216)
Adakalanya kita persoalkan mengapa harus kita yang diuji dengan kesusahan dan kesakitan. Tapi pernahkah kita persoalkan mengapa kita yang harus mendapat kejayaan dan kenaikan pangkat ini, bukan orang lain?
Sweetnya Allah dia uji hamba-Nya untuk meningkatkan keimanan dan menghapus dosa-dosa silam jika kita redha dengan ujiannya. Di setiap kepahitan pasti ada kemanisannya.
“… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” (Surah Al-Insyirah)
Kehidupan manusia di bumi tidak ubah seperti seorang pengemis. Yang sentiasa meminta pada Ya Wahab agar menunaikan segala kehendak kita. Sikap manusia yang sentiasa merasa ingin lebih dan tidak cukup menyebabkan kita sering meminta-minta.
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana nikmat yang ada pada kita adalah pinjaman Allah yang akan dipertanggungjawabkan di padang Masyar kelak.
iluvislam, alhamdulillah