Adakah kalian
mengetahui apakah amalan ibadat yang paling agung dan hebat untuk umat Muhammad
S.A.W?????
Sedangkan
Rasulullah s.a.w sentiasa melakukannya pada setiap keadaan dan waktu.Alangkah
ruginya jika kita tidak dapat melakukan sepertimana yang Rasulullah s.a.w
lakukan.
Baginda
merupakan utusan terakhir untuk menyelamatkan kita dari terjebak ke jurang yang
penuh dengan penyeksaan di akhirat kelak…
Bahkan amalan
ini merupakan satu perintah dari Allah Ta’ala kepada hamba-hambanya selepas
solat,sebelum solat,selepas dan sebelum makan,selepas dan sebelum tidor dan
ketika berjihad,puasa,haji,umrah dan sebagainya..
Ibadah ini
tidak memrlukan kita menghadap ke kiblat,tidak perlu secara berjemaah,tidak
perlu mengeluarkan wang,tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak dan sesuai
dilakukan oleh semua peringkat umur samada dewasa,kanak-kanak,orang tua,kurang
upaya,buta dan sebagainya….
Alangkah
ruginya jika kita tidak melakukannya.Sampai bila kita ingin menjadi manusia
yang paling rugi di dunia????.
Adakah kamu
mengetahui apakah ibadah yang dimaksudkan???
Inilah ibadah
yang sentiasa dipuji oleh Allah Ta’ala ketika melakukannya sebagaimana
firmanNya:
وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
(Dan
orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang
perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi
mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar).(Surah Al-Ahzab:35)
Rasulullah
s.a.w juga bersabda :
ألا أدلكم على خير أعمالكم وأزكاها عند مليككم وأرفعها في درجاتكم وخير لكم من إنفاق الذهب والفضة وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم ويضربوا أعناقكم، قالوا: بلى يا رسول الله، قال: ذكر الله تعالى
(Mahukah
kamu semua aku tunjukkan amalan yang lebih baik dan lebih suci di sisi Tuhan-mu
dan yang lebih tinggi kedudukannya? Lebih baik bagi kamu berbanding
menginfakkan emas dan perak? Lebih baik dari kamu bertempur dengan musuh, kamu
memancung mereka dan mereka memancung kamu?” para sahabat menjawab: “Bahkan
wahai Rasulullah,” baginda bersabda: “Zikrullah taala.”).(Al-Tirmizi:3377,Ibn
Majah:3790)
Muaz Bin Jabal
berkata : Tidak ada sesuatu pun yang dapat menyelamatkan aku melainkan dengan
berzikir kepada Allah.
Diriwayatkan
bahawa Abu Hurairah r.anhu sentiasa bertasbih siang dan malam melebihi 12000
kali tasbih setiap hari.Lalu beliau berkata:Tasbih ini merupakan pelindung
diriku dari api neraka.
Diantara
sebaik-baik zikir dalah membaca ayat kursi setiap kali selesai menunaikan solat
sebagai mana sabda Rasulullah s.a.w :
(Sesiapa
yang membaca ayat kursi selepas menunaikan solat,tidak ada sesuatu pun yang
dapat menghalangnya memasuki syurga kecuali mati).(An-nasaie dan Ibnu
Hibban mensahihkan hadis ini dalam Kitab Solat)
Dan Sabda
Rasulullah s.a.w:
(Tidak ada
seorang pun di antara kamu yang berwudu’, lalu menyempurnakan wuduknya,
kemudian berkata أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ melainkan dibuka untuknya kelapan-lapan pintu syurga, ia boleh
memasuki melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.)
Dalam riwayat
yang lain, dibaca :
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إلاَّ الله وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَه وأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُه
(Muslim:553)
(Muslim:553)
Imam Muslim
telah meriwayatkan dalam satu hadis dari Samurah bin Jundub ia berkata : Telah
bersabda Rasulullah s.a.w :
(“Perkataan
yang paling dicintai oleh Allah ada empat : Subhaanallaah, alhamdulillah, laa
ilaaha illallaah, dan allaahu akbar. Tidak akan memberi masalah jika kamu
mulakan dengannya).(Muslim:2137)
Oleh
itu,jadilah seorang yang sentiasa mengingati Allah walau apa jua pun
keadaan.Boleh jadi,kita malas untuk berjaga malam (qiamullail),kurang
bersedekah dan malas untuk puasa sunat.Jadilahkanlah zikir ini sebagai penganti
untuk melengkapkan amalan kita yang serba kekurangan.Berzikirlah kepada Allah
siang dan malam walaupun sedikit kerana kita tidak rugi walaupun satu
sen.