Sabtu, 19 Oktober 2013

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!

nafsu lelaki
Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.
Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?
Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?
Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.
Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.
Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?
Bagaimana?
Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada.
Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki

Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.
Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

Hidup Lebih Bahagia Apabila Aurat Dijaga


                                                     Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saat ini ku tulis kisah diri. Bukan untuk meminta pujian atau penghargaan setinggi langit. Hanya doa dipinta agar diri ini dapat istiqamah dengan penghijrahan diri.
Beberapa tahun yang lalu, aku adalah seorang gadis yang berpakaian biasa, cukup sekadar bertudung walaupun baju dan seluar yang dipakai tidak menepati hukum islam. Ini yang dikatakan membalut aurat, bukan menutup aurat.
Pada masa yang sama, solat ku juga tidak terjaga. Sering kali lewat, malah kadang-kadang tertinggal. Bukan aku tidak sedar semua itu adalah salah, tetapi hati ini lemah! Sentiasa termakan pujukan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan hamba Allah.
Benar, ketika itu setiap kali aku keluar dari rumah, ada saja mata-mata nakal yang liar memandang padaku. Pernah juga aku diganggu secara agresif oleh mereka! Pelbagai gangguan lagi yang aku hadapi sepanjang menjalani kehidupan sedemikian. Dan sesungguhnya aku tidak tenang dengan situasi begitu.
1380584_394847940641246_468706705_n
Namun, pada suatu ketika, aku mula terfikir sejenak, apakah cara hidup aku seperti ini akan memberi kebahagiaan kepadaku di dunia dan akhirat kelak? Kebetulan, pada saat itu, aku mula bersahabat baik dengan seorang rakan sekuliah aku. Perwatakannya sangat baik, pakaiannya agak sempurna, auratnya tertutup rapi.
Aku berasa sangat tenang melihat beliau. Secara perlahan-lahan tanpa disedari, aku mula mengikuti setiap langkahnya untuk berubah. Mengenakan pakaian yang labuh dan longgar, melabuhkan tudung, kemudian bersarung kaki atau memakai kasut yang bertutup.
Sememangnya diri ini kelihatan begitu indah dalam keadaan seperti itu.. pakaian yang longgar memudahkan aku untuk bergerak, tidak seperti pakaian yang ketat.
Sesuatu yang sangat jelas kelihatan adalah, setiap perbuatan gerak-geri aku tidak menjadi tatapan mata kaum Adam yang nakal lagi seperti dulu! Ke mana sahaja yang aku pergi, tiada lagi gangguan!
Selain itu, bonus istimewa daripada perubahan ini adalah, solat aku semakin terjaga. Walaupun aku tidak tahu adakah sempurna solatku, namun ia tidak lagi sering tertinggal seperti sebelum iniAlhamdulillah, kini amalan bertudung labuh, berpakaian labuh terus menjadi pakaian rutin dalam kehidupanku. Selain itu, aku juga turut membiasakan diri dengan berniqab supaya tidak timbul rasa riak dihati terutama sekali mendapat pujian daripada sesiapa.
Dan yang paling penting, ingin kecantikan yang Allah kurniakan hanya menjadi tatapan buat suami tercinta kelak.
Namun, belum dapat diistiqamahkan, kerana faktor tempat belajar dan keluarga.
Apa yang pasti, setiap yang berlaku dengan izin-Nya itu telah banyak mengubah kehidupanku. Aku berasa amat bahagia dan tenang dengan diri ku yang baru.
Semoga penghijrahan ini diredhai Allah dan mampu istiqamah selamanya. Walau asbabnya adalah teman sebilikku, namun hakikatnya Allah jualah yang membuka pintu hati ini. Sesungguhnya hijrah ini semata-mata kerana-Nya. Semoga aku dan wanita di luar sana dapat menjadi muslimah yang solehah di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Adik-adik dan sesiapa saja yang masih dalam keadaan seperti ku dahulu, ayuhlah kita berhijrah! Insya-Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik.
Ingatlah, harga diri tidak mudah tercalar jika aurat terpelihara… kecantikan dan keindahan wanita terpancar apabila auratnya tertutup sempurna.

Ahad, 4 Ogos 2013

Ramadhan yang Pergi


Ramadhan semakin hampir ke pengakhirannya. Aduhai, kehadiran Syawal bagaikan terlebih dahulu diraikan melebihi penyempurnaan Ramadhan sehingga saat-saat yang dijanjikan untuk meraih takwa banyak dilepaskan. Lagu-lagu raya semakin rancak kedengaran. Hanya IKIM.fm yang masih memujuk jiwa yang masih ingin meniti dan ‘memujuk Ramadhan agar jangan pergi dulu’.

Menyedari Ramadhan yang kita lalui pada kali ini semakin hampir meninggalkan, termenung seketika memikirkan sama ada peluang ini akan hadirkah lagi pada masa akan datang? Pastinya tiada seorang pun yang ada jawapannya. Bukanlah maksud saya untuk menghalang para pembaca sekalian daripada kita menyambut Syawal dengan meriahnya, tetapi saya ingin memastikan agar kita benar-benar kembali kepada matlamat asal kita untuk melaksanakan dan mengisi Ramadhan kita dengan pengisian yang sempurna. Sungguh, peluang untuknya masih ada, masih ada. Ayuhlah wahai diri, ayuhlah wahai pembaca yang budiman sekalian, kita nikmati indahnya malam-malam 10 Ramadhan terakhir untuk berbicara dengan Pencipta di saat yang lain begitu asyik dengan buaian mimpi yang lena.

Sepertimana dengan Bazar Ramadhan, makin banyak keluar duit, makin banyaklah 'belian' juadahnyakan? Begitulah perumpamaannya, makin banyak masa menonton, makin game, borak-borak dan pelbagai perkara lagha yang kita korbankan untuk melaksanakan ibadah kepada Allah, pastinya banyak jugalah hasilnya insyaallah. Namun, yang pasti, dan lebih penting, diterima oleh Allah swt hendaknya. 

Dan dalam doa-doa kita untuk mendapatkan keampunan Allah, mendapat redha Allah, memohon kepada Allah diberi kekuatan agar kita istiqamah, janganlah kita lupa untuk selitkan juga doa untuk saudara-saudara kita di Syria, di Palestin, di Rohingya dan seluruhnya agar dilindungi oleh Allah, dan disentuh hati kita ini agar tidak ketinggalan daripada mengambil berat tentang ummat Islam.
Akhirnya, marilah kita ‘update dan upgrade’ diri kita untuk memastikan prestasi puasa kita pada tahun ini masih berterusan hingga ke akhirnya. Jika masih kurang dan tidak berpuas hati lagi, kita masih ada sisa-sisa waktu untuk kita memecut menuju ke penghujungnya dengan sebaik-baik dan semampu kita. Insyaallah. Semoga Allah berikan kita kekuatan tersebut. Berdoalah kepadaNya. Lahaulawalaquwwataillabillah.. 

Sahabat itu menguatkan


terima ksih tuannya : lupa link 

Aku bukan ingin cari salah engkau tetapi aku menegur mu,
Apa guna persahabatan tanpa teguran?

kosong ertinya.

Kita tegur kerana melengkapi. Aku pula salah kau pula tegur. Jangan diamkan. 

Jangan salah ertikan teguran. Bukannya mahu menjaga kain mu sangat.

Memikirkan akhirat itu keutamaan, maka itu tanggungjawab aku.

Disisi mu teguran seperti mencalar diri mu, maaf dipinta.

Namun itu tanda cinta sahabat sebenarnya.

Sabtu, 3 Ogos 2013

10 MUWASAFAT TARBIYAH



10 MUWASAFAT TARBIYAH


*****
1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

- sabda Rasulullah SAW, " Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"

*****
2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
- Imam Hassan al-Bana pernah menyatakan kewajipan seorang da'ie itu intuk bersifat sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dsbnya

*****
3. Berpengetahuan luas ( Mutsaqqafal Fikri)
- pesan Imam Hassan al-Bana "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri, dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi"
- seorang da'ie perlu berpengetahuan luas tentang Islam dan pengetahuan am supaya dapat menceritakan kepada orang lain perihal hal berkenaan di samping perlu sentiasa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah
- seorang da'ie juga perlu mampu membaca al-Quran dengan baik, bertadabbur, dan sentiasa mempelajari sirah, kisah salafu soleh, dan kaedah serta rahsia hukum yang penting

*****
4. Mampu berdikari ( Qadiran ala Kasbi )
- seorang da'ie meskipun seorang yang berharta, perlu juga bekerja namun tidak wajarlah untuk seorang da'ie untuk terlalu mengejar harta kebendaan serta pangkat dalam kehidupan duniawi ini
- Ihsan perlulah sentiasa tertanam dalam diri setiap individu muslim yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie; perlu sentiasa benar dalam perlakuan dan perbuatannya
- seorang da'ie perlu mampu untuk memiliki serta mencari harta sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain semata-mata;
- seorang da'ie perlulah menguasai sesuatu kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul kelak
- dalam soal kewangan, seorang da'ie perlulah sentiasa memelihara diri daripada riba dalam semua aspek kehidupan, serta mampu untuk menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan yang melalaikan serta pembaziran, seorang da'ie perlu mampu memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan islam

*****
5. Akidah yang sejahtera ( Salimul Aqidah)
- seorang da'ie mestilah redha ALLAH sebagai Tuhan, Islam sebagai agamanya, serta Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan ALLAH kepada manusia sejagat
- sentiasalah muraqabah kepada ALLAH serta sentiasa mengingati akhirat, memperbanyak nawafil dan zikir
- seorang da'ie hendaklah tidak lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan hati, sentiasa memperbaharui taubat, istighfar, menjauhi dosa, serta syubhat

*****
6. Ibadah yang sahih ( Sahihul Ibadah )
- Seorang da'ie perlu melakukan ibadat yang dapat meninggikan roh serta jiwanya; perlulah sentiasa memperbetul amalannya dan mengetahui halal haram suatu perkara dan sentiasa bersederhana dan tidak terlalu melampau-lampau dalam setiap urusan dalam kehidupan sehariannya.


*****
7. Mampu melawan hawa nafsu ( Mujahadah ala Nafsi )
- Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai azam yang kuat. bersungguh-sungguh untuk meawan kehendak nafsunya sebaliknya mengikut apa yang diperintah Islam di samping mengendahkan kata-kata orang lain dalam mempraktikkan Islam yang sebenar.
-perlu diingat juga, orang yang lagi hebat akan lagi hebat jualah cubaan yang ALLAH turunkan kepadanya, oleh itu sentiasalah kita menyiapkan diri dalam menghadapi segalan cubaan dan dugaan ALLAH itu

*****

8. Menjaga waktu ( Haarithun ala Waqtihi )
- seorang da'ie perlulah sentiasa berdoa agar waktu yang ada ini sentiasalah diberkati ALLAH seperti mana yang sering didoa oleh para sahabat Rasulullah SAW yang terdahulu.

*****
9. Tersusun dalam segala urusan ( Munazzamun fi syu'unihi )
- Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian serta jangka panjang, setiap da'ie digalakkan untuk mencatit maratib amal untuk kelancaran segala urusan mereka


*****

10. Bermamfaat untuk orang lain( Nafi'un li ghairihi )
- Seorang da'ie diumpamakan seolah-olah sebatang lilin yang sedang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain sedangkan dirinya terbakar sendirian, namun usahlah gentar kerana da'ie adalah tunggak penggerak kepada dakwah Islamiyah, nescaya usahamu akan diberikan ganjaran berganda oleh ALLAH taala
- amal Islam seorang da'ie adalah untuk menyelamatkan orang lain sekaligus diri sendiri daripada kesesatan supaya di akhirat kelak masing-masing dapat menjawab setiap persoalan ALLAH dengan bekalan iman yang mencukupi di dada masing-masing tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.
- ingatlah wahai da'ie, kegembiraanmu hanyalah apabila kamu dapat membantu orang lain, yang terindah semestinya jika mampu membawa seseorang itu ke jalan yang diberkati ALLAH taala sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada perbuatan-perbuatan mungkar.

*****

Sweetnya Allah

Suatu hari di kantin, rakan-rakan sibuk gosipkan diriku dengan seorang guru lelaki satu ‘batch’ induksi. Masing-masing tidak membantah kerana daerah yang sama dengan tempat aku mengajar. Tapi takdir Allah, ada seorang guru yang aku panggil dengan panggilan ‘akak’ menyapa.

“Akak tak kisah dengan siapapun awak akan pilih, tapi satu pesan akak apa yang kita inginkan mintalah dengan Dia dalam solat dhuha. Buatlah solat dhuha dan khabarkan hajat itu padaNya.”
Aku terdiam. Setelah lama berfikir akhirnya tergerak hati ini untuk tunaikan solat dhuha. Selama ini aku sekadar membaca kelebihan orang yang tunaikan solat dhuha.
Sweetnya Allah dia sampaikan hidayah kepadaku melalui orang lain. Kini, impian untuk mendirikan rumahtangga telah tertunai meskipun bukan dengan lelaki tersebut.
Jam menunjukkan pukul 2 pagi, terdengar suara rengekan si kecil Zahra tanda lapar. Lantas aku bangkit untuk bancuh susu. Terdetik di hati kalaulah aku tunaikan solat tahajjud sementara menunggu Zahra habiskan susu lagi baik. Mungkin ini panggilan dari Allah untuk hamba yang dikasihiNya.
Sweetnya Allah dia kejutkan hamba-Nya untuk bangun malam dengan cara yang cukup lembut. Adakalanya kita bangun di tengah malam untuk buang air kecil dan lapar, itulah tandanya Allah bangunkan kita untuk merintih dan mengadu pada-Nya. Namun seringkali kita alpa dan lupa.
tumblr_mhejsngjj01s3janfo1_500
Seperti biasa aku menjalani rutin harianku setiap hujung minggu untuk memandu  balik ke Terengganu berjumpa suami dan anak.  Sesungguhnya hati manusia ini sering berbolak balik. Terdetik juga di hati kenapa aku tidak mendapat peluang seperti orang lain hidup bersama-sama suami dan anak-anak. Teringin sekali masak menu kegemaran mereka untuk makan tengahari dan malam. Menghabiskan waktu petang bersama-sama.
Tapi sweetnya Allah dia ingin tarbiyyah diriku dengan sifat sabar. Tanda kasih sayang-Nya kepada hamba. Barulah aku terfikir Allah rindu akan rintihanku. Mungkin apabila bersama dengan orang yang aku sayangi, masa untuk aku mengadu pada-Nya lebih singkat dari biasa.
Sweetnya Allah aku diajar  untuk menjadi seorang yang redha dengan ujian-Nya. Aku manfaatkan masa sepanjang perjalanan selama enam jam itu untuk berzikir dan berdoa kepada-Nya agar kami diberikan kesempatan untuk hidup bersama. Dengan imtihan ini aku kenal erti kasih sayang,lebih menghargai,bersyukur, perikemanusiaan dan sabar.
“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah, ayat 216)
Adakalanya kita persoalkan mengapa harus kita yang diuji dengan kesusahan dan kesakitan. Tapi pernahkah kita persoalkan mengapa kita yang harus mendapat kejayaan dan kenaikan pangkat ini, bukan orang lain?
Sweetnya Allah dia uji hamba-Nya untuk meningkatkan keimanan dan menghapus dosa-dosa silam jika kita redha dengan ujiannya. Di setiap kepahitan pasti ada kemanisannya.
“… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan… di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.” (Surah Al-Insyirah)
Kehidupan manusia di bumi tidak ubah seperti seorang pengemis. Yang sentiasa meminta pada Ya Wahab agar menunaikan segala kehendak kita. Sikap manusia yang sentiasa merasa ingin lebih dan tidak cukup menyebabkan kita sering meminta-minta.
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana nikmat yang ada pada kita adalah pinjaman Allah yang akan dipertanggungjawabkan di padang Masyar kelak.
iluvislam, alhamdulillah

7 Tip Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Alhamdullilah akhirnya habis jugak.
Percubaan PMR peringkat negeri Johor. Semoga pecubaan kali ini adalah yang terbaik untuk KAMI semua xoxo =)

                                                      

inilah muka-muka yang bakal menduduki pmr yang terawal dan yang terakhir pada tahun ni.... "Semoga mereka dapat berusaha untuk membangunkan nama baik sekolah dan nama baik ISLAM" .... AMIN
Kita nak kongsi 7 Tip Persediaan Menghadapi Peperiksaan :

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

              

Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? 

Jumaat, 2 Ogos 2013

Jaga Solat kita!

                                          

Apa khabar semua? sempena bulan puasa yang mulia ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu saya dengan anda semua. Saya nak share tentang Tips untuk menjaga solat kita. Sebenarnya saya dapat sumber ilmu ini daripada tazkirah yang saya dengar malam semalam. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi iaitu ustaz yang mengendalikan solat terawih berjemaah di surau. Semalam kami solat terawih 8 rakaat sahaja. Jadi tazkirah pendek plus solat terawih. 

                                             

Baiklah, apa yang Ustaz Suhaimi kongsikan semalam? ha! menarik sangat tazkirah yang beliau sampaikan semalam. Ringkas dan padat sekali* Mari saya mulakan"

Semalam Ustaz mulakan tazkirah dengan menyebut perkataan ini berulang kali :

"J A G A"
Mari kita sebut sama-sama "jaga". Satu perkataan yang  berbunyi seperti satu amaran/nasihat. Ustaz Suhaimi suruh kita pahat perkataan ini dalam minda kita selamanya.

Apa itu 'J A G A'??

J - Jagalah solat kita. Ini adalah penghulunya. Kita hendaklah tanam niat dalam hati untuk terus menjaga solat kita dengan ikhlas. Dengan menjaga solat, kehidupan kita seterusnya insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

A - Awal. Untuk mendapat solat yang lebih mabrur kita hendaklah menunaikan solat pada awal waktu. Semalam Ustaz cerita. Contohnya, sekarang musim nak raya dah. So, ramai yang bertungkus-lumus buat kuih raya, Lepas itu, kebanyakannya akan selesaikan dulu aktiviti buat kuih raya dia lepas itu baru siap-siap nak solat. Hmm, sepatutnya kita hendaklah selesaikan dulu solat kita ataupun sementara kita tunggu biskut raya kita siap dibakar, tiba-tiba azan jadi kita bolehlah segera menunaikan solat tersebut dulu. Sebab apa, ustaz kata insyaallah, dalam kita sibuk mencari rezeki. Jika kita menjaga juga solat kita dalam waktu yang sama. Insyaallah rezeki itu akan lebih berkat dan dimurahkan rezeki insyaallah. 

G - Geng. hehe, geng maksudnya jemaah. Marilah kita bersolat berjemaah. Ustaz Suhaimi kata solat berjemaah lebih baik daripada solat sendirian. Pahala berganda. Ustaz kata yang ada family itu, hari-harilah buat solat berjemaah. Apabila ada waktu terluang, marilah kita solat berjemaah bersama keluarga. Ketua keluarga memainkan peranan yang penting untuk mencorak ahli keluarga yang lain.

A - Allah SWT. Tanam pada hati dan minda kita. Sesungguhnya aku menunaikan solat hanya kerana Allah SWT. Hanya kepadanya kita memohon keredhaan dan keberkatan dalam hidup. Melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Insyaallah kehidupan kita akan lebih diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Dalam solat kita disarankan untuk menambah amalan yang boleh menambahkan pahala. Jadi tambah dua huruf ini :

"K S"

K - Khusyuk. Dalam solat kita mestilah mahu khusyuk kan? semoga solat menjadi lebih sempurna. Maka Ustaz sarankan kita. Bagi sesiapa yang tahu bahasa arab. Bolehlah menghayati maksud surah-surah yang kita baca dalam solat. Bagi sesiapa yang tidak tahu bahasa arab. Semasa solat kita cuba bayangkan ayat-ayat surah tersebut. Paling mudah pun, mari kita hafal makna Surah Al-fatihah. Saya hafal makna Surah Al-fatihah ini daripada lagu nasyid ini Erti Al- Fatihah . Selamat beramal semua*

S - Sunnah. Untuk menambah pahala kita dan mendapat lebih keberkatan daripada Allah SWT. Insyaallah. Kira bolehlah menambah amalan sunnah dalam solat. Contohnya, menunaikan solat sunnat. Ustaz kata semalam, jika kita melakukan apa sahaja perkara yang dimurkai Allah SWT. Jangan sesekali lupa untuk menunaikan Solat sunnat taubat. Insyaallah dosa kita diampuniNYA. Walaupun setelah kita meninggalkan solat secara tidak sengaja. Kerjakanlah Solat taubat dan jangan mengulangi kesilapan yang sama".


" J A G A K S"


Ingat JAGAKS, Ingat solat kita. Ingat Allah SWT. Amin!


Jumaat, 19 Julai 2013

Sunah-sunah & adab-adab hari Jumaat



Jom sama-sama beramal :)


p/s : Harini balik kampungggggg !!! Ahad siap sedia barang utk balik asrama huhuuuu, rindunya dengan korang semua =).....! So, hati-hati ye! :D

Keychain



I'm in love with drawing. Padahal drawing tu entah apa la sangat. Kahkahkah. Bila dah cuti 2 minggu duduk kat rumah ni and nothing to do, ini je lah keghojenyee. I'm just draw on notepad putih, gunting, gum it on the black board then ambil loytape besar as a laminate. Untuk tambahan gue beli la ring tu then finally jadilah keychain made by KAWAN BLOG SAYA ! Haha :)

Anyway, happy hoooliday to ME!!!


p/s : Agak-agak kalau nak bagi kat orang, orang tu terima tak? Wakaka. Okbai  :)

Rabu, 17 Julai 2013

Which one is you ?



Please choose :)

Salam Ramadhan penuh keberkatan. Jaga nafsu bila ke bazar ramadhan. Kurangkan nafsu makan, banyakkan amalan :)

Isnin, 8 Julai 2013

Ramadhan is Comming Soon



Assalamualaikum. Almost 4 days je lagi kita dah nak puasa. Feeling excited. Semoga kita dipanjangkan umur untuk merasa Ramadhan untuk kali ini. In shaa Allah. Sama-sama jugak kita perbanyakkan amal. Peringatan buat diri ini. 

Sabtu, 23 Februari 2013

Selamat Hari Tua


بسم الله الرحمن الرحيم
  
 Assalamualaikum...semoga Allah sentiasa merahmati pembaca2 sekalian..
 
Hari ana nak mengucapkan Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Tua kepada Nurrul Adilah Bt Hasnorrul Hadi..... hahaaa... !!!! hari ni sebenarnya bkn hari lahir ana , hari lahir ana 2 MAR 2013....tapi diawalkan sebab nanti minggu depan ana tak balik rmh.... hihihiiiii. Tahun ni sambut dekat JUSCO je ermmmm best jugak lah.... tapi apa2 pun nk bersyurkur ada org yg menyayangi ana... :) terima kasih Umi dan Ayah dan adik Diba dan adik Izuddin... Ini lah gambar nya















semoga panjang umur, di murahkan rezeki, jadi hamba yg soleha, dan dapat 9A PMR InsyaAllah..... Amin