بسم الله الرحمن الرحيم
" dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau
bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.."
(Surah an-Nur ayat 31 )
Seperti mana yang kita ketahui, ayat di atas
merupakan ayat suruhan kepada semua wanita Islam supaya menutup bahgian-bahagian
tertentu daripada pandangan yang bukan muhrim baginya, dalam erti kata lain
menutup aurat dengan cara menutup bahagian yang telah ditetapkan. Cuba baca
ayat yang dah di bold kan tu. Tapi kalau dilihat balik zaman sekarang
ni, rata-rata fesyen tudung dah tak menepati tuntutan dalam ayat di atas.
Banyak juga pengeluar tudung mula mencipta tudung
yang kecil je untuk si pemakai yang saya rasa sesuai dipakai untuk budak
tadika. Tudungnya tak menutup dada, ada juga agak labuh tetapi kain nya
jarang dan menampakkan leher, ada yang pakai tetapi melekat pada badan dan
macam-macam lagi.
Mungkin ramai yang tak faham maksud menutup
dan juga membalut. Ok, kita tengok gambar di bawah ni. Apa beza menutup
dengan membalut.
Kalau menutup..benda yang hendak ditutup tu orang
tak akan tahu apa dia ataupun besar mana benda tu.
Kalau membalut..orang masih dapat tahu apa benda
yang dibalut dan dapat tahu saiz benda tu.
Ini lah perumpamaannya.
Memang la kita wajib tutup aurat, kenapa
pula nak diperbesar-besarkan soal tudung kan. Tapi, menutup kepala tu pun
sebahagian daripada aurat juga kan. Betul tak. Sebab tu boleh juga jadi isu
untuk diperkatakan dan dibicarakan . Sebagai seorang wanita Islam yang mengaku
dirinya muslimah, kita perlu bijak untuk memilih tudung dan memperagakannya.
Yela, zaman sekarang ni dah ada pelbagai fesyen tudung yang dijual. Ada
pelbagai jenis kain, saiz dan sebagainya. Kena bijak memilih supaya tidak lari
daripada matlamat utama iaitu menutup aurat dan bukan sekadar berfesyen
sahaja.
Biarlah kita berbeza daripada mereka yang tidak
menutup kepala. Ini tidak, tutup dengan tak tutup..sama je, Orang dapat lihat
apa yang ada di sebalik tudung tu. Saya juga dalam proses berubah dan semoga
beristiqamah dalam perubahan bertudung besar.
(cuba tgk
gmbr ni comelkan kalau kita pakai tudung labuh InsyaAllah rasa diri kita selamat
daripada zina)
Jangan pula kita dilihat semakin bertudung, semakin seksi
pula. Sepatutnya, bila bertudung dan ditambah lagi dengan menutup semua anggota
badang dengan baju yang labuh dan longgar, dapat memelihara diri kita daripada
mereka yang berniat jahat. Tapi, lain pula yang jadi. Semoga tak jadi begitu
kepada kita semua.
InsyaAllah..semoga tahun baru kali ini membawa satu
makna yang besar dalam diri kita, kita mula berubah kepada yang lebih baik.
Daripada bertudung pendek dan kecik kepada bertudung besar dan labuh. Bagi
saya, walaupun jenis tudung ni kurang mendapat tempat dalam kalangan wanita
Islam pada masa sekarang sebab dah banyak muncul pelbagai jenis dan fesyen
"tudung ekspress" tapi, saya rasa jenis tudung ni lebih menepati
syariat meskipun ramai yang kata "labuh sangat", "lambat nak
siap kalau pakai tudung ni", "nampak tua", "tak
bergaya", "ustazah" dan lain-lain. Saya jadikan itu sebagai satu
cabaran :)
والسلام