Jumaat, 17 Ogos 2012

untuk SAHABAT SMIAS

Assalamualaikum...

          Adilah, Maryam, Nadhirah, Khairunnisa’, Aqilah, Shuhada, Nazifah, Izyan
                                                                    Is My Friends

"terima kasih kawan sebab......
selalu ingatkan adilah supaya sentiasa ingat pada Allah,
marah adilah kalau cakap lepas,
sentiasa memberikan adilah semangat,
selalu sabar melayan kerenah adilah yang suka merajuk bak kata ORANG tu “ank mak” ,
selalu ingatkan supaya jgn tinggal mathurat,quran,usrah dan solat2 sunat,
ajar adilah buat Mathematics!..hehehe
sentiasa memberi semangat kepada adila pada satu malam ” ayat Mudir”
sentiasa menjaga saya pada waktu sakit,
dan last but not least...terima kasih sebab menjad. Sahabat saya sampai sekarang.....

disebabkan dila berjauhan dgn antum semua pada hari ini… dila ada sedikit hadiah untuk antum semua yang tak seberapa ni....


                                                            salam manis daripada:
                                Adilah

Khamis, 16 Ogos 2012

Pemuda : Inilah Ramadhan, Runtuhkan Egomu !


Assalamualaikum...semoga Allah sentiasa merahmati pembaca2 sekalian..

Hari ana nk cerita tentang Pemuda : Inilah Ramadhan, Runtuhkan Egomu ! jadi nk tahu lebir banyak sila baca dan hanyatilah


Ramadhan bukan sekadar bulan untuk kita berpuasa. Bukan juga bulan untuk kita sekadar membaca dan menghabiskan 30 Juz Al-Quran.
Ia lebih daripada sekadar bulan untuk kita menambah dan membanyakkan kuantiti amal kita.
Ramadhan itu adalah bulan cinta. Kenapa cinta?
Kerana di dalamnya, kita melihat Allah mencurahkan begitu banyak kasih dan rahmat-Nya kepada manusia. Tidak ada bulan-bulan lain seperti Ramadhan, bulan yang Allah hadiahkan kepada kita begitu banyak ganjaran yang luar biasa.
Inilah bukti cinta Allah s.w.t. Lawan kepada cinta itu adalah ego. Orang yang ada ego di dalam hatinya tidak mungkin mampu menunjukkan rasa cinta kepada orang yang dicintainya.
Di dalam Ramadhan ini, Allah sebarkan cinta-Nya kepada kita, agar kita pun turut belajar untuk menyebarkan cinta kepada manusia. Allah mahu kita runtuhkan ego di dalam hati kita dan belajar mencintai manusia.
Tetapi bagaimana?

Puasa Itu Tidak Boleh Dilihat, Itu Saja Sudah Meruntuhkan Sebahagian Ego
Cuba kita bandingkan fizikal amalan-amalan dalam Islam seperti solat, sedekah, zakat, pergi haji dengan amalan puasa. Apakah perbezaan yang kita akan lihat?
Solat itu bila kita lakukannya, ada saja manusia yang boleh melihatnya. Sebab zahir gerakan tubuh kita melakukan solat itu jelas dan boleh dilihat. Boleh jadi sewaktu kita solat, kita akan khusyuk dan fokus, tetapi boleh jadi juga kerana orang memerhatikan solat kita, maka kita memperelokkan solat kita. Ketika kita memperelokkan solat kerana ingin dipuji dan disanjung manusia itulah, maka telah wujud ego dalam hati kita. Kita mula riya’ dan rasa besar diri. Kononnya mahu dikatakan kita ini sebagai orang yang baik dan alim.
Itu solat. Cuba kita tengok pula sedekah.
Sedekah itu pun dapat dilihat jelas tindakannya, bukan? Kita letakkan duit di dalam tabung ataupun memberi sedekah secara terang-terangan di depan orang. Itu semua dapat dilihat. Boleh jadi bila hendak bersedekah secara sembunyi-sembunyi, kita begitu segan untuk keluarkan wang yang banyak kerana rasa tidak berbaloi. Kalau ada RM10 dengan RM 1, RM 1 biasanya yang kita pilih untuk disedekahkan. Tetapi, bila bersedekah di depan manusia, kadang-kadang tangan yang asalnya hendak ambil RM 1 pun tertolak dan ‘ter’ambil RM 10. Boleh jadi ketika bersedekah itu, kita ikhlas, boleh jadi juga kita ingin dipuji manusia. Bila kita melakukan kerana ingin dipuji di depan manusia, maka dari situ saja sudah mula terbit bibit-bibit ego di dalam hati kita kerana kita mula rasa ujub dan besar diri. Kita rasa kita sudah melakukan kebaikan yang begitu besar. Kita rasa kita bagus.
Itu antara contoh amalan-amalan lain selain puasa.
Berbeza dengan puasa. Bila kita berpuasa, pada sudut zahir puasa yang manakah boleh ditunjukkan pada manusia sehingga menyebabkan kita boleh riya’ dan rasa besar diri?
Ada ke? Tak ada, bukan?
Kalau solat, orang nampak kita sedang solat depan matanya. Kalau sedekah, pun orang lain boleh lihat. Kalau buat haji, orang lain boleh nampak. Tetapi, kalau puasa, siapa yang tahu dan siapa yang dapat melihat kita ini puasa atau tidak?
Tidak ada manusia yang tahu kita ini berpuasa atau tidak. Kalau kita ini menipu sekalipun, pergi minum air di dalam tandas ke, senyap-senyap makan ke, tak ada siapa yang tahu. Di depan manusia, nampak sama saja orang puasa atau tak puasa. Tak ada apa pun yang berbeza pada fizikal kita. Maka, untuk riya’ dan rasa besar diri itu saja sudah susah bila kita berpuasa, apakah lagi yang diharapkan daripada puasa itu selain daripada cinta dan ganjaran daripada Allah?

Berlapar Itu Sunnah Orang Miskin, Belajar Merendahkan Diri Untuk Merasai Apa Yang Mereka Rasa
Melalui puasa, Allah didik kita untuk menjiwai kehidupan orang-orang yang miskin. Kenapa orang-orang yang miskin? Kerana jiwa orang-orang yang miskin itu biasanya tidak sombong dan tidak ego. Kerana Rasul s.a.w. sendiri mencintai orang-orang yang miskin dan daripada kalangan pengikutnya pun ramai daripada kalangan orang yang miskin.
Sabda Rasul s.a.w. yang bermaksud :
Aku berdiri di pintu syurga, maka aku dapati kebanyakan orang yang memasukinya adalah daripada kalangan orang miskin, sedangkan orang-orang kaya tertahan.” [HR Bukhari, Muslim, Ahmad]
Bukan senang untuk merendahkan hati kita bila bersama dengan orang miskin. Ada orang malu dan segan untuk bercampur dengan orang miskin kerana baginya orang miskin ini kolot dan hina. Kalau bercampur  nanti, jatuh martabat dirinya. Sombong. Bongkak. Besar diri. Inilah yang cuba dibuang melalui Ramadhan ini.
Rasul s.a.w. telah ajar nilai ini kepada kita melalui sabdanya yang mafhumnya :
“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah dunia dan harta) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu tidak akan membuatkan kamu meremehkan nikmat Allah kepadamu.” [HR Muslim]
Tetapi, ramai yang tidak melihat hal ini. Kadang, kita berlapar hanya sekadar berlapar. Bila tiba waktu untuk berbuka, kita beli makanan banyak-banyak, kita makan banyak-banyak, sehingga kadang-kadang berlaku pula pembaziran. Kita tidak menjiwai makna yang ada di dalam suruhan untuk berlapar itu.
Berlapar itu sebenarnya menjadikan nafsu kita lemah dan tidak mampu mengawal kita. Maka, bila nafsu lemah, hendak timbul rasa ego, bongkak, rasa besar diri dalam hati pun susah.
Tetapi, bila berbuka puasa pun hanya untuk memuaskan nafsu, maka akhirnya, ego tidak dapat diruntuhkan kerana kita berbuka bukan lagi sebagai ibadah, tetapi sebagai membalas dendam kerana seharian tidak makan.
Alangkah lebih baiknya kalau proses seharian kita berlapar itu kita belajar menjiwai makna yang wujud padanya. Mungkin kita akan lebih menghargai erti penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara seIslam kita seperti umat Islam Rohingya dan Somalia.
Ada satu kata-kata di dalam FB yang saya lihat baru-baru ini, saya tak pasti itu betul atau tidak. Ada orang-orang Islam Rohingya (saya tak pasti Rohingya atau Somalia) bertanya kepada seorang sheikh,Ya sheikh, apakah hukum kalau tidak berbuka puasa?”
Sheikh itu pun menjawab, “Eh, sudah tentulah tak boleh. Kamu kena berbuka puasa.”
“Tetapi kami tidak ada makanan pun untuk berbuka puasa. Apakah salah kami tidak berbuka puasa?”
Cerita ini kalau rekaan sekalipun, ia tetap adalah realiti yang sedang berlaku di Somalia dan kepada umat Islam Rohingya juga. Di saat kita menyerang pelbagai makanan untuk dijadikan santapan, mereka diserang dengan pelbagai penderitaan sehingga tidak ada apa pun untuk dimakan.
Maka, di manakah kita?

Penutup : Inilah Ramadhan, Runtuhkanlah Egomu !
Allah ajar di dalam Ramadhan ini untuk kita bersederhana. Kurangkan makan dan banyakkan ibadat. Kurangkan memenuhi keinginan-keinginan nafsu, tetapi realisasikan tuntutan-tuntutan akhirat.
Sebab itu, dalam Ramadhan, Allah ajar untuk kita berzakat dan memberi infaq.
Dalam Ramadhan, tidak dibenarkan untuk suami isteri berjima’ (bersetubuh).
Dalam Ramadhan, Allah menyuruh kita menjauhkan makan minum.
Semuanya itu adalah mengawal keinginan nafsu kita. Nafsu 11 bulan telah merantai kita sehingga kita menjadi manusia yang ego. Ego dengan Allah dan ego dengan sesama manusia. Sebab itu, Allah anugerahkan Ramadhan agar kita dapat perbaiki lagi diri kita, runtuhkan ego dan sebarkanlah cinta sesama manusia.
Di dalam bulan ini, Allah telah sebarkan cinta-Nya dengan begitu hebat dan gencar sekali. Diberi keampunan, pahala yang berlipat kali ganda, pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka, dianugerahkan Lailatul Qadr dan pelbagai lagi yang semuanya itu membuktikan cinta-Nya kepada kita.
Tinggal lagi sekarang diri kita saja, mahu menyebarkan cinta kepada manusia atau terus ego dengan sikap kita?

Sempena Ramadhan


Assalamualaikum...semoga Allah sentiasa merahmati pembaca2 sekalian..
Sempena Ramadhan ini, ada 10 tips yang rasa seronok untuk dikongsi bersama :-


1. Berbuka dengan membaca doa. 
2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
3. Bolehlah makan nasi & "noodles" Nasi "Noodles"
Nasi putih Mee/ Bihun - Berkuah/ Sup Nasi ulam Kueyteow
Nasi kerabu
4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
7. Berhenti makan sebelum kenyang.
8. Lebihkan minum air.
9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah seperti berikut:
Nasi putih Oats/ Nestum
Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma
Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak) dan jika boleh hadkan telur dan makanan laut..