Selasa, 25 Disember 2012

Nasihat Itu





بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Selalu dengar nasihat daripada orang lain?

Tak kira lah cara apa sekali pun, selalunya bila ada orang bagi nasihat dekat kita. Rasa macam tak dapat nak terima, pedih dan berasap je telinga dengar kan. Normal la tu, biasa kita akan menganggap diri kita sentiasa betul. Sesetengah orang, dia akan cuba memberi nasihat kepada orang lain dengan cara yang lembut. Setengah yang lain, dengan cara yang kasar. Ada juga yang suka bergurau, ada yang cara menyindir atau perli, dan ada juga dengan cara yang tegas.




Kalau kita lihat balik arahan Allah dalam surah an-Nahl (16:125), ada arahan supaya memberi nasihat secara berhikmah. Tafsiran hikmah terkandung banyak makna. Ada yang mentafsirkan sebagai lemah lembut, ada yang mentafsirkan mengikut keadaan. Yang penting, kekreatifan pendakwah untuk mengajak orang lain supaya mereka dapat ikut sama. Macam peribahasa melayu "umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak" betul kan kalau salah :)


Apa pun caranya, ia tetap sangat sukar untuk diterima bila kita sentiasa merasakan hanya diri kita yang betul.




Hakikatnnya, orang yang paling banyak memberi nasihat kepada kita ialah EMAK kita sendiri, kalau kat sekolah pulak, CIKGU perempuan, kalau kat asrama pulah KAWAN. Ayah atau guru lelaki bukan tak banyak bagi nasihat, ada juga..tapi biasanya yang paling kerap ialah perempuan. 


Biasanya lelaki akan cakap orang perempuan ni suka membebel, suami cakap, anak-anak cakap. Tapi sebenarnya mak kita tu bukan membebel tak tentu pasal, bebelan nya ada isi. Punca utama " membebel " tu pun sebab nak mengingatkan dan nak mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku kat orang yang dia sayang. Kalau dah jadi, kan susah. Bebelan tu tanda sayang. Betul ~

Apa-apa pun, sepatutnya kita ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi nasihat sebab awak dah bagi satu hadiah berharga dekat diri ini. Kalau boleh, biarlah secara berhikmah ye kerana kita semua ada hati dan perasaan  ^^,


  والسلام


 Nota : Semasa saya tulis, saya teringat kawan saya Maryam Jameelah dia selalu menasihati saya.... Terima Kasih Maryam... I love You

Isnin, 24 Disember 2012

Cara letak mini mp3 dalam blog



              Assalamualaikum comel segak sekalian


Harini saya nak buat tutorial. Muahaha. Berangan jadi cikgu jap. Tadi time blogwalking, ada someone request saya ajar camane nak buat mp3 player yang cute mcm blog ni. Ahakss ! Ni first time saya nak buat mp3 kat blog. Selama ni saya tengok blog orang lain je. kiki.Ramai benoh yang tanya saya mcm mana  nk letak lagu kat blog, haaaaaa kali tengok ni betol2

                                                                         Lets start !
1st step :

Klik sini
Dah klik? Korang akan nampak macam kat bawah ni



2nd step :

Untuk masukkan URL lagu , tekan sini.
Dah tekan? Then korang register dulu hokay.
Nak register just tekan button atas tu.

3rd step :

Bila da register, korang tekan button UPLOAD
Then akan jumpa macam ni kan ??



Korang just pilih lagu yang ada dalam laptop korang and upload ! ^^


Bila da selesai upload, akan keluar code mcm atas ni.
So, copy siap-siap code url lagu korang mcm line merah atas tu k.


4th step :

Kemudian, paste-kan code url yang di-copy tadi mcm gambar bawah ni



5th step :


Untuk decorate mp3 bagi cantik, korang just tekan button sebelah GENERAL tu. Then pilih la colour ikut citarasa korang :)




Dah settle pilih colour, korang copy semua code and paste dekat Add Gadget-HTML korang. 



Last step :



Preview, if ok SAVE ! 


Selamat mencuba :D




Nota: Agak-agak paham tak ?? Hewhew. Tak paham bagi tahu ea :)


      

Ahad, 23 Disember 2012

Perkara Asas Bagi Seseorang Yang Bergelar Muslim



بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum..

Saya sebenarnya suka sangat tengok gambar-gambar ni, cute sangat. Di samping gambar yang comel, ada juga pengajaran yang dapat kita ambil daripada gambar-gambar ni. Apa perkara asas bagi seseorang muslim? Jawapannya mestilah Rukun Islam. Rukun Islam ada 5 perkara, jika kita mengaku kita orang Islam..kita mesti laksanakan kelima-lima ni mengikut ketetapan yang telah digariskan oleh Islam itu sendiri.


Kartun Comel, Oh So Muslim, Perkara Asas Muslim, Kartun Muslimah, Kartun Muslim


Mengucap 2 kalimah syahadah..
أشهد أن لا إله إلا ألله وأشهد أن محمد رسول ألله
Menyebut dan memahami makna tersebut



Kartun Comel, Oh So Muslim, Perkara Asas Muslim, Kartun Muslimah, Kartun Muslim


Solat 5 waktu sehari semalam
قال ألله تعالى : إنّ الصلاة تنهى عن الفخشاء والمنكر
Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar.



Kartun Comel, Oh So Muslim, Perkara Asas Muslim, Kartun Muslimah, Kartun Muslim

Beri zakat kepada orang yang memerlukan..8 asnaf zakat. 
قال ألله تعالى : أقيموا الصلاة وأتوا الزكاة
Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat



Kartun Comel, Oh So Muslim, Perkara Asas Muslim, Kartun Muslimah, Kartun Muslim

Berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan
 


Kartun Comel, Oh So Muslim, Perkara Asas Muslim, Kartun Muslimah, Kartun Muslim

Menunaikan Haji di Mekah bagi yang berkemampuan


Jadi, kalau nak jadi seorang Islam..mesti cukup kelima-lima syarat ni. Baru lah layak diri anda digelarkan Muslim!!


والسلام