Sabtu, 23 Februari 2013

Kelebihan Membaca Al Quran


بسم الله الرحمن الرحيم  
 


1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )


2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya.( Riwayat Muslim )

3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )

5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim )

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.( Riwayat Muslim )

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.( Riwayat Bukhari & Muslim )
  
8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim )

9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )
10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim.
Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.( Riwayat Muslim )


12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.( Riwayat Muslim )

13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )

14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya.( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )

15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )



Jumaat, 8 Februari 2013

Senyum Itu Sunnah :)




بسم الله الرحمن الرحيم  
 

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,”Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”
Senyum Lagi

Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa yang penuh kebahagiaan.
Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan Makkah, kerana hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin. “Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.
Satu ungkapan pepatah Cina yang baik untuk kita fikirkan dan renungi: “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”
Kesimpulannya, jika anda ingin supaya disukai oleh seseorang, maka : “Tersenyumlah!!!”
Jika kita ingin orang yang jauh dari agama, mula mendekati agama, maka orang yang ber’title’kan agama perlulah membuatkan orang suka kepadanya disebabkan ia sebab dan punca orang mendekati agama. Maka modalnya murah sahaja iaitu : “ Tersenyumlah!!!”
Jika, kita ingin orang bukan Islam mendekati agama Islam. Maka kita orang agama yang menjadi pengawal pintu bagi orang bukan Islam memasuki pintu Islam perlu mula belajar dengan mudah caranya iaitu : “ Tersenyumlah!!!”
Bayangkan apabila anak muda datang dengan seluar jeansnya ke masjid, maka ia mula disapa dengan kata manis seorang Imam,
“anak muda yang dihormati, jemputlah masuk masjid …rumah ibadah kita bersama.”
Bukankah itu indah?
Kadangkala kita bersusah payah untuk tersenyum dengan orang yang kita jumpa, tetapi terlupa untuk senyum, tersenyum, memberi senyuman dan bermanis muka dengan orang yang ada bersama kita!
Nabi Sulaiman tersenyum kepada semut!
“Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “”Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh” (Surah An-Naml 27: Ayat ke 19)



Ahad, 27 Januari 2013

Ukhuwah Fillah :')

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...semoga Allah sentiasa merahmati pembaca2 sekalian...Hari ni ana nk perkenalkan sahabat2 ana yg dari pada skh renda dulu hihihiiii....
Yang pertama ana nk perkenal kan diri ana :
Nama yg diberi Nurrul Adilah bt Hasnorrul Hadi. Sekolah di Sekolah Menengah Islam As Syddiq, dulu ana skh rendah dekat SK Taman Pasir Putih... Umur sekarang dah 15 tahun " dah tua dah" kejam celik dh 15 tahun dah..... Tahun ni ana PMR 13' ana kena belajar betul2 supaya dapat 9A+ AMIN. Cita2 yang paling besar ialah nk masuk SYURGA alllah " GO TO JANNAH ALLAH " insyallah, lepas 2 cita2 kat dunia pulak nak jadi ahli Geologis bukan Arkeologi heeeee :)..... Akhir sekali, matlamat ana nk mencari KEREDHAAN ALLAH insyaallah...

Yang kedua pulak nk kenal kan kawan ana dari skh rendah :


Nama dia ni ialah Nur Shahirah Farisyah bt Nordin, sekarang skh kat SMK Taman Pasir Putih, dia ni baik sangat2 dia lah yg paham perasaan ana, kalau dulu ana masalah dia lah yg uruskan, pastu kami ni tak pernah berpisah kelas dari kami darjah 4 hingga lah darjah 6..... tapi sekarang kami berpisah sejak masuk zaman skh menengah huuuuuu sedih :''( tapi x bermakna kami x bersama lagi kami cuma bersama kat FB sahaja sedih sangat2 ..... Semoga kami kawan sampai lah mati dan masuk syurga :)

Yang ketiga pulak :


Nama dia ni Nur Amirah Izzati, dia ni skh kat SMK Tama Pasir Putih, dia ni ganas sikit sebenar nya dlm hati dia, baik sangat2, ana suka kawan dgn dia, ana kawan dengan dia, sejak dari darjah 4 hingga lah sekarang... dia ni suka posing buat muka pelik2 sikit cuba lah tgk gmr ni...


tgk lah gmr dia pelik2 sikit tapi comel hahaaa.....

Yang ketiga pulak :


nama dia pulak Ummi Ainina, dia skh kat SMK Tama Pasir Putih, dia ni mengatal sikit asal nmpak 2 je mesti nk, he apa nk jadi dgn kwn ana ni.... tapi dia tetap baik dgn ana hahaaa kami kenal dari darjah 5 hinggalah sekarang...

Yang keempat pulak :


Nama dia ialah  Nur Nadirah Afrina, skh kat SMK Dusa Damai, dia ni baik tau kami kenal dari drjah 5 hingga lah skrang..... ana rindu dgn Nad sampai sekarang dh lama kita x berjumpa..... bila kita blh berjumpa lagi ????? huhuuuu sedih nya..









Jumaat, 25 Januari 2013

Dia Muhammad s.a.w

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum..





 


Tak kenal, maka tak cinta. Kalau benar kita cinta dia...oleh itu, kita kena tahu latar belakang nya. Sejarahnya...keturunannya. Sejauhmana kita cinta dia..ialah sejauh mana kita kenal dia :)


Allahumma solli 'ala Muhammad ♥♥♥


والسلام